Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas, berzikir menyebut namaNya.
apabila aku bangun daripada tidur, aku termenung sebentar. bertanya pada diri;
"apa yang aku buat malam tadi?"
"ooh, aku tengok cerita hantu dengan housemates sambil main game angry bird"
"berapa lama aku main ek?"
"rasanya dekat 2 jam lebih, best woo. dapat main sampai habis level. puas hati dapat lastik monyet-monyet tu"
tiba-tiba aku tersedar, teringat kata-kata Saidina Ali :
jika hari ini lebih baik dari semalam, kita adalah orang yang beruntung,
jika hari ini lebih teruk dari semalam, kita adalah orang yang bodoh,
jika hari ini sama seperti semalam, kita adalah orang yang rugi.
jadi, hari yang bagaimana yang kita mahukan? tepu dada, tanya iman.
sahabatku pernah berpesan : jangan banyak main, jom buat kerja untuk ummat.
setiap manusia akan melakukan kesalahan, dan kesalahan itu seharusnya menjadi guru untuk membentuk kita menjadi lebih baik. aku juga tak terkecuali. tapi dalam melakukan sesuatu pasti ada batasnya. aku sedar yang aku sudah bazirkan masa aku. leka dengan game. kalaulah jika pahala kita juga bertambah seperti bertambahnya level dalam game tersebut. tetapi tidak mungkin. kita hidup di dunia realiti.
jadi, apa kerja yang boleh kita lakukan untuk ummat? berdakwah? mungkin kita berfikir, "ala, aku tak cukup ilmu la. surah lazim pun tak habis hafal lagi. macam mana nak dakwah kat orang?"
dakwah itu datangnya dalam pelbagai cara. petikan dari Islam Itu Indah :
Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.
mungkin kita juga akan berkata, "aku ni bukan la baik sangat. selalu je mengumpat"
jadi pada aku, jika kita belum mampu mencapai tiga kaedah diatas, belajar bersungguh-sungguh pun sudah dikira bekerja untuk ummat.
bagaimana? seperti aku. bakal guru English. kalau aku study betul-betul, insyaAllah, ilmu yang aku dapat akan aku gunakan untuk mengajar. bukankah itu juga dikira bekerja untuk ummat? mengajar subjek English. salah satu fardhu kifayah.
InsyaAllah. aku memohon kekuatan supaya Allah sentiasa sedarkan aku dikala aku leka. Amin.
No comments:
Post a Comment