Friday, June 10, 2011

laugh out loud

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

di dalam sebuah kelas. sekumpulan budak perempuan sedang bersembang dan ketawa tanpa mempedulikan orang lain. berdekah-dekah ketawa mereka. mungkin terlalu lucu sehingga tidak tertahan lagi. tiba-tiba muncul seorang budak perempuan dari luar kelas. berkata kepada salah seorang ahli kumpulan perempuan tadi,

'Diana, suara kau gelak sampai tingkat bawah aku dengar.'

'

si perempuan bernama Diana sekadar tersengih sambil hatinya berdetik, 'eleh, orang lain pun gelak kuat jugak. lagipun, suara aku memang kuat, so kalau gelak pun mestilah kuat.'

begitulah si Diana yang sentiasa merasakan hidupnya penuh kegembiraan. tak gelak sehari seperti tidak lengkap. pada ketika itu, dia tidak terfikir akan aurat perempuan yang turut terletak pada suara. tawanya yang turut menarik perhatian sang lelaki.

masa berlalu begitu pantas. si Diana masih dengan ketawanya. sehinggalah suatu hari, seorang kawan lelakinya menegur,

'Diana memang selalu gelak kuat macam tu ke?'

Diana diam. terkedu sebentar. teguran si adam yang mengejutkannya.

'rasanya macam tak elok ketawa macam tu, tak segan ke bila orang lain tengok?', si lelaki menyambung.

Diana disini bukanlah Diana yang lain. Diana disini adalah Diana yang sedang menaip entry ini. sedang menaip untuk refleksi kendiri. mengenangkan betapa dia lupa dengan batas seorang hamba, seorang wanita.

 aku teringat akan satu bait sajak yang ringkas :

"Sahabat, 
Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah"

dan aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan aku kembali kepadaNya.

bila aku mula gelak lebih-lebih, akan ada lah sahabat yang menegur, 


'hish, banyak sangat dah gelak tu. kang ada yang menangis pulak.'


Alhamdulillah.  


Imam Hassan Al Banna juga ada berpesan, 


" Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. " 


dan pesanan ini ku tampal dalam bilik sebagai ingatan buat diri sendiri yang ada kala leka dengan keseronokan dunia. 


aku juga pernah terbaca satu hadis tentang bagaimana Rasulullah hanya akan tersenyum dan  tidak akan ketawa berdekah-dekah kerana itu tidak melambangkan sahsiah individu Muslim apatah lagi baginda seorang Rasul, utusan Allah.


Daripada Sayidatina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah s.a.w. berlebihan ketawa hingga ku lihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad)

dan larangan ketawa secara berlebihan turut ditekankan oleh baginda melalui dua hadis ini : 

“Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)


Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah)

tetapi kadangkala aku terlupa. kerana aku insan biasa. tetapi Alhamdulillah, Allah sedarkan aku segera. aku akan terus ingatkan diri, 'Diana, kau dah banyak gelak ni...' 

dan aku akan terus mengingatkan diri kerana mati itu bila-bila masa.

Allahu Allah

No comments:

Post a Comment