lusa ada exam. exam pertama sejak aku memulakan pengajian di negara orang. persediaan? alhamdulillah. semakin hari semakin ditingkatkan persediaan itu.
kerana kejayaan itu tidak datang dengan hanya berdoa. seperti pepatah Arab mengatakan,
Man Jadda Wajada : sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
dan disokong oleh,
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

doa yang akan ku baca sebelum mengadap ilmuNya. moga Allah mudahkan aku dan rakan-rakanku untuk menjawab peperiksaan nanti. Amin.
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu... kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal. (Ali-Imran, 160)
dalam mengejar pengiktirafan dunia, aku mengingatkan diri untuk terus berusaha bersedia dengan satu lagi peperiksaan besar. peperiksaan yang menentukan hisab aku disana.
No comments:
Post a Comment