Monday, June 6, 2011

SALE SALE SALE!!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


semalam bersamaan 6 Jun 2011 adalah public holiday di New Zealand sempena Queen's Birthday. Queen disini merujuk kepada Queeb Elizabeth tapi aku tak pasti yang ke berapa. jadi, banyaklah kedai-kedai mengadakan jualan murah, memujuk pembeli untuk merebut barangan sebelum terlambat. aku dan empat lagi sahabat bersepakat untuk ke Westfield, salah satu mall di Queensgate di kawasan Lower Hutt, 15 minit menaiki kereta dari bandar Wellington. sebagai seorang perempuan yang dikurniakan 9/10 nafsu, aku juga turut membeli barangan yang ditawarkan. tetapi bukanlah tujuanku menulis untuk berkongsi tentang barang yang ku beli tetapi ada lagi perkara yang lebih menarik untuk aku kongsikan.

ketika sedang menunggu 3 lagi rakanku membeli baju mereka, aku dan seorang lagi sahabat duduk sambil melihat gelagat manusia yang datang. tiba-tiba sahabatku bertanya :

"apa yang Diana dapat hari ni?"

aku tersengih dan menjawab, "Diana dapat beli handbag untuk mak!"

"itu aje ke?", sahabatku bertanya lagi.

aku terdiam. memikirkan jawapan yang lebih tepat. tetapi aku tak dapat jawapan untuk soalan itu. "saya tak tahu la kak," jawabku jujur.

sahabatku menjawab, "hari ni kan ada sale, semua orang berebut nak beli barang murah. kena cepat sebab nanti habis. lagipun sale sampai pukul 6 je. cuba bayangkan kalau sale ni macam bulan ramadhan. ada ke kita nak rebut pahala dan ganjaran yang Allah tawarkan pada kita?"

aku menyambung, "saya faham. maksud akak, bulan ramadhan tu sebulan je, jadi kita kena cepat-cepat rebut pahala yang Allah bagi"

sahabatku mengangguk, "ha, betul. jadi sambil kita shopping ni, kita cuba reflect dalam diri kita, apa yang kita boleh belajar daripada apa yang kita lakukan."

aku terdiam sejenak. refleksi kendiri. aku datang mall ini bukan sahaja dapat beli barang murah, tapi dapat berkongsi satu lagi ilmu baru yang mahal, tidak boleh dibeli dimana-mana kedai disini.

alhamdulillah. terima kasih sahabatku.

jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. 
jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. 
jika kamu mahu dunia dan akhirat, dengan ilmu.

No comments:

Post a Comment