Wednesday, June 8, 2011

kisah mathurat

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


usai jemaah subuh, aku ambil sebuah buku kecil di mejaku. buku kecil yang bertajuk, 'AL MATHURAT & SURAH YASSIN'. ku selak helaian yang bertulis, 'al-mathurat'.membuat aku teringat perbualanku dengan sahabatku. bagaimana aku menceritakan kisah aku bertemu dengan zikrullah ini.


aku mengenali zikir al-mathurat ketika aku mengikuti pengajian persediaanku di maktab perguruan. aku masih ingat, aku membelinya di sebuah kedai di pekan Sungai Petani. dengan harga RM2. 'murah je buku ni, ingatkan mahal,' kataku kepada teman yang menemaniku.

bermulalah proses tarbiyahku dengan zikir yang dipanggil al-mathurat. kali pertama ku baca, aku tidak mengenali apa itu mathurat kubra dan mathurat sughra. aku baca keseluruhannya. tapi tidak habis. pada pandanganku, 'apsal la panjang sangat zikir ni'. aku hanya mampu membacanya separuh. dan menyambung lagi separuh keesokan harinya. ketika itu, hati aku masih belum ada rasa minat untuk belajar apa itu zikir mathurat apatah lagi mengetahui fadhilat-fadhilatnya. aku baca kerana teman aku tawarkan aku untuk baca.

suatu hari, diizinkan Allah, aku membaca zikir ini bersama rakan-rakanku. ketika itulah aku mengerti dengan sebenar-benar pengertian apakah yang dimaksudkan dengan al-mathurat. rakanku juga mengajarku untuk membaca doa selepas mathurat dan doa rabitah dengan betul, dimana untuk berhenti dan ayat mana yang perlu diulang sebanyak tiga kali. sesungguhnya aku bersyukur dengan petunjukMu Ya Allah...

zikir mathurat juga sepatutnya menjadi amalan kita setiap hari, dibaca pada waktu pagi atau petang. tetapi, aku hanya insan biasa. bagiku, membaca zikir ini setiap hari sukar untuk aku lakukan. jadi aku baca hanya dua atau tiga hari sekali.

itu dahulu. Alhamdulillah. syukur keatas rahmatNya.
kini, zikir ini menjadi amalanku setiap hari. jika kita teliti maknanya, ia adalah doa sebenarnya. doa yang tidak berbelit maknanya. straight to the point. kita faham apa yang kita doakan. ketika hati sedang marah, zikir ini ku baca menenangkan hati. ketika hati sedang sedih, zikir ini kubaca, memujuk diri. kerana ku yakin dengan ayat Allah;

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang," (Ar-Raad, 28)

buku kecil yang murah inilah yang membuka pintu hatiku untuk terus mengingati Penciptaku. ia buatku sedar, novel-novel yang berpuluh-puluh ringgit mampu kita bayar, mengapa buku-buku kecil yang murah tetapi besar maknanya sukar untuk kita beli? teringat tagline blog seorang sahabat, 'investing for the Hereafter'. yes, buying such a cheaper religious books helps us to invest such an expensive share in the akhirat.

ketika aku sedang membaca satu artikel di internet, Allah izinkan aku terjumpa satu potongan hadis yang berbunyi :

"Sekiranya seseorang itu mengucapkan istighfar ini dengan yakin pada setiap pagi, lalu jika dia meninggal dunia, nescaya dia akan masuk syurga dan sekiranya dia mengucapkan dengan yakin pada setiap petang, nescaya dia akan masuk syurga." (Riwayat An-Nasa'i).

hadis ini buat aku sedar bahawa jika kita amalkan zikir ini pada waktu pagi dan petang, setiap hari, dengan yakin, penuh rasa tawadhuk, InsyaAllah, Allah mudahkan kita untuk mengadapNya.

Allahu Allah.

3 comments:

  1. As'salam.
    suka!
    moga al-mathurat yang kita baca setiap pagi dan petang mampu membentuk diri kita..
    memberi manfaat kepada kita..
    dan menjadi tanda kehambaan kita padaNYA yang ESA.

    Alhamdulillah and jazakillah for the sharing!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt Diana,

    Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :)
    Perancangan Allah SWT sangat hebat kan?
    Allah yg menggerakkan hati2 kita utk mengenali-Nya.

    Yang paling penting, kita jangan sekali2 menutup/melepaskan peluang apabila Allah izinkan kita utk berfikir tentang kekuasaan-Nya, tentang perancangan-Nya utk terus mndekati dan mengenali-Nya. :)

    Teruskan menulis utk manfaat ummat.
    Keadaan ummat semakin tenat.
    Kita sebagai yg insyaAllah ada sedikit kesedaran, tidak patut utk terus hanyut dan 'tenat', malah berusaha untuk memulihkan keadaan.

    Kita membantu agama Allah, Allah akan bantu kita. (Surah Muhammad ayat 7)

    Sayangg awak!

    ReplyDelete
  3. sama-sama banyak kak mimi dan wawa. diana tulis sekadar apa yang dirasa dihati. niat untuk berkongsi rasa. Alhamdulillah. =)

    ReplyDelete