Monday, June 6, 2011

mencari cinta itu...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran diatas nikmat pancaindera yang masih sempurna dalam diriku.

ini bukan blog pertama ku. aku pernah menjadi 'blogger' suatu masa dahulu. dua tahun yang lalu. ketika aku masih belum mengerti betapa besarnya nikmat Allah kepadaku, ketika aku belum mengerti erti syukur dengan apa yang aku miliki dan ketika aku belum mengerti betapa pintu hidayahNya sangat luas untuk hamba-hambaNya. blog lamaku telah ku delete kerana aku fikir bahawa ada lagi perkara yang lebih penting daripada menatap laptop dan menulis entry yang ku harapkan dapat melonjakkan follower blog. tetapi, untuk blog ini, aku hanya mahu jadikan ia medium berkongsi rasa. rasa cintaku kepada Sang Pencinta. bukan lagi untuk mengumpul follower seramai boleh atau menjana pendapatan daripada iklan-iklan. sekadar selingan untuk mengisi waktu yang sentiasa sibuk menyiapkan tugasan akademik.

2 tahun telah berlalu...
aku kini berdiri diatas muka bumiNya yang bernama New Zealand.
benarlah kata pujangga, jauh perjalanan, luas pemandangan. aku takrifkan perkataan 'pemandangan' bukan hanya sekadar struktur geografi negara ini yang maha sempurna ciptaanNya, tetapi lebih kepada anjakan paradigma yang mengubah aku menjadi insan yang lebih dekat dengan Sang Pencipta.
Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdullilah.

Kapiti Coast, New Zealand

di bumi asing inilah aku mengenali insan-insan yang hebat, yang tinggi ilmu Islamnya berbanding aku, yang sudi berkongsi pengetahuan kepadaku. di bumi ini jugalah Allah dekatkan ukhuwah aku dengan sahabat-sahabat seperjuanganku. mengenali mereka dengan lebih dekat membuat aku sedar bahawa aku tidak salah memilih sahabat. terima kasih ya Allah diatas anugerah ini.  

"Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang dia berkawan dengannya." (riwayat Tarmizi)

berkumpul melalui medium 'usrah' berjaya mengetuk hatiku yang sudah lama berkarat ini dengan ayat-ayatNya yang agung. jika selama ini Al-Quran itu ku baca tanpa membaca apatah lagi memahami tafsirnya, 'usrah' memberiku peluang untuk mendalami apa itu Kitabullah. dalam proses tarbiyahku dengan kitab mulia ini, aku sedar bahawa ilmu aku sangat cetek. membuat hatiku sebak dengan kesombongan aku selama ini. sombong untuk tidak mendalami Al-Quran kerana menyangka dengan mendapat semua A dalam bidang akademik sudah cukup mengatakan 'aku seorang yang berilmu'.
Ya Allah, terima kasih kerana sedarkan aku dari lenaku...

sekadar hiasan

cukup sekadar disini. aku tidak mahu meletakkan penulisan blog sebagai agenda utama hidupku sedangkan banyak lagi perkara yang mewajibkan aku untuk menyelesaikannya.

kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,
oleh itu, gunakan masa dengan sebaiknya 
dan ringkaskan pelaksanaannya - Imam Hassan Al Banna

2 comments:

  1. Diana,

    Tak tahu kenapa.
    Tapi saya rasa nak nangis baca entry awak yg ini.

    Alhamdulillah.
    Alhamdulillah.
    Alhamdulillah.

    Allah sentiasa mmberikan hidayah-Nya kpd kita.

    Cepat grab sebelum terlepas! <3

    ReplyDelete
  2. jangan nangis. nanti tak comel. hehe.
    alhamdulillah. akak juga yang bantu saya mengenaliNya. =)

    ReplyDelete